1. Artemia / BBS / Telur Udang
Makanan anak ikan yang baru menetas. Ia merupakan sumber protien bagi mempercepatkan pembesaran anak ikan sehingga saiz mulutnya muat untuk makan sumber makanan lain seperti pallets merah, cacing kerawit, cacing merah atau jentik-jentik.
2. Daun Ketapang
Digunakan untuk menstabilkan pH air supaya tidak berasid, Amat diperlukan oleh ikan laga supaya keadaan air yang gelap berkualiti seperti air paya hutan, teh o gelap. Keadaan ini akan menambah kekuatan ekornya untuk mengembang dengan lebih besar dah lebih tahan lama.
Asalnya daun ketapang dari Pokok Ketapang. Ambil daun yang betul-betul kering sahaja. Kalau malas nak kutip, beli saja yang dah siap bungkus tu.
Cara menggunakan daun ketapang seperti di dalam gambar di bawah:
3. Air Pati Ketapang
Kesan positif terhadap ikan laga sama seperti daun ketapang. Cuma air pati ini sesuai bagi mereka yang sentiasa kesuntukan masa kerana bekerja atau malas untuk kerap menukar air ikan. Sememangnya boleh menjimatkan masa anda sekiranya mempunyai bekas ikan yang terlalu banyak.
Brapa sepeket daun ketapang tu encik?
ReplyDelete