Thursday, September 29, 2011

Pembiakan Ikan Pelaga

Pembiakan Ikan PelagaThis is a featured page

Ikan pelaga betina mempunyai warna yang pudar berbanding dengan ikan pelaga jantan. Di bahagian belakang ikan pelaga betina terdapat liang putih yang dikenali sebagai ovipositor, berdekatan degan anus. Selepas mengawan, ikan betina menghasilkan 100hingga500 telur. Ikan pelaga betina mesti diasingkan kerana ia akan memakan telur sendiri.Ikan pelaga jantan menghasilkan sarang buih. Selepas mengawan, ikan pelaga jantan kutip telur dan meletakkannya ke dalam sarang buih. Benih ikan menetas dalam masa dua hari. Tiga hari selepas itu, benih-benih tersebut akan berenang dengan bebas. Pada masa ini, ikan pelaga jantan perlu diasingkan kerana ia akan memakan benih tersebut.

Cara pembiakannya dengan menyediakan:

1. Bekas plastik 10 gelen
2. Kabus / Foam Cup
3. Serombong plastik
4. Sepasang ikan pelaga (betina dan jantan)
5. Pokok akuatik (tiruan atau hidup)

Pilih pasangan ikan pelaga yang tidak terlalu tua. Jika ikan pelaga yang dipilih terlalu tua , ianya kurang reproduktif dan tidak mempunyai tenaga untuk mengawan. Setelah memilih pasangan , berinya makan selama seminggu. Berikan lebih makan kerana ia dikehendaki kurangkan makan semasa proses mengawan di jalankan. Selepas diberi makan , sediakan tanki mengawan. Letakkan serombong plastik beserta dengan air di dalam tanki tersebut. Ia digunakan untuk meletakkan ikan betina di dalamnya jadi ikan jantan tidak boleh menggigitnya sebelum ikan betina sudah bersedia untuk mengawan. Kemudian , letakkan air di dalam tanki tersebut. Tanki tersebut diisi tidaklah terlalu penuh. Kemudian , letakkan kabus atau foam cup. Jika anda menggunakan foam cup , potong separuh foam cup tersebut. Dan letakkannya di permukaan tanki yang sudah diisi airnya. Ia akan berbentuk seperti "terowong". Ia digunakan untuk ikan jantan membina sarang buihnya. Letakkan tumbuhan akuatik tiruan atau hdup. Tumbuhan yang hidup lebih baik (e,g: Kiambang) kerana ia mempunyai nutrien - nutrien yang bagus untuk tumbesaran anak ikan. Tumbuhan juga penting untuk ikan betina menyorok apabila digigit ikan jantan.

Letakkan ikan jantan ke dalam tanki mengawan terlebih dahulu. Tunggu selama 1 jam supaya ikan jantan boleh menyesuaikan diri di dalam tanki mengawan yang ada sediakan. Kemudian , letakkan ikan betina ke dalam serombong tersebut. Ikan jantan akan mengembangkan ekor dan membina sarang buih. Selama seminggu , anda akan melihat garisan vertikal di perut ikan betina. Ini tanda persediaan ikan betina untuk mengawan. Ovipositor ikan betina akan lebih putih dari sebelumnya. Garisan vertikal yang terdapat di ikan betina boleh dilihat jika ikan pelaga berwarna gelap. Untuk lebih jelas lagi , pada waktu malam , suluhkan lampu pada perut ikan betina. Garisan vertikal tersebut lebih mudah dilihat. Selepas ikan betina sudah sedia , lihat ikan jantan pula. Ikan jantan akan membina banyak sarang buih. Jika sarang buih mencukupi , lepaskan ikan betina. Jika tiada mengawan dijalankan , dan tentu ikan jantan akan menggigit ikan betina. Letakkan ikan betina di dalam serombong semula. Jika ikan jantan sedia untuk mengawan , dia akan menghalau ikan betina ke bawah sarang - sarangnya. Kemudian dia akan mengawan seperti di dalam video tersebut. Mengawan mesti dijalankan beberapa kali dalam beberapa jam. Selepas 2 hari , anak ikan pelaga yang teramat kecil akan berenang bebas. Pada masa ini eloklah jika ikan jantan di alihkan dari tanki mengawan.

AMARAN:
1. Jangan meletakkan apa - apa batu di dalam tanki mengawan
2. Tumbuhan amat penting
3. Selepas mengawan , ikan jantan akan menghalau ikan betina dari sarang - sarangnya. Pada masa ini , eloklah jika ikan betina DIAMBIL KELUAR dari tanki tersebut
4. Selepas anak ikan berenang bebas , KELUARKAN IKAN JANTAN dari tanki tersebut. Anak ikan akan membesar di dalam tanki mengawan itu.

Contoh tanki mengawan
(Contoh ikan pelaga jantan yang membina sarang buih di dalam tanki mengawan)

Betta Spawning Tank
(Contoh tanki mengawan kedua)

Klip video berikut menunjukkan sepasang ikan pelaga mengawan.

Thursday, September 22, 2011

JENIS JENIS BETTA /IKAN LAGA/ IKAN LAGA SIAM


1. WILD / LIAR
Click to view full size image

2. HALF MOON



3. HALFMOON PLAKAT

Click to view full size image

Image

4. DOUBLE TAIL

BETTA FOR SALE

5. CROWN TAIL

Click to view full size image


6. TRADITIONAL PLAKAT




7. GIANT

Image

8. Splendens (Male)




Splendens (Female)

betta2b.jpg (18kb)

Monday, September 19, 2011

CARA PEMBIAKAN IKAN LAGA

CARA PEMBIAKAN IKAN LAGA

MEMANG UNIK

Cara pembiakan ikan laga

Ikan laga adalah ikan hias yang sangat dikenal oleh masyarakat khususnya anak-anak, kerana ikan tersebut selain rupanya yang cantik juga dapat merupakan tentera yang menarik bila diadu. Ikan ini juga sering disebut ikan laga dan nama latinnya adalah Betta splendens, termasuk dalam famili Anabantidae (Labirynth Fisher).

Cara Berkembang Biak
Ikan ini berkembang dengan cara bertelur dan telurnya akan dikumpul di buih-buih sarang yang di bina oleh si bapa niler..
Langkah-langkah yang perlu diketahui :

  1. Pilihlah induk yang baik dan jantan yang cantik dan agresif.
  2. Pisahkan induk jantan dan induk betina dan diberi makan cukup selama 4 atau 5 hari.
  3. Masukkan induk jantan dan induk betina kedalaman balang yang sesuai dan telah diberi tanaman air atau yang palsu..tapi lebih baik tanaman air...
  4. Setelah 2-3 hari akan terlihat telur berkumpul pada daun atau rapia.
  5. Pindahkan yang betina dan beri makan secukupnya. kalau tak habis telur dimakannya....marahlah sibapa..apalagi bertindaklah sibapa..
  6. Selama 2-3 hari anak ikan tersebut tidak diberi makan kerana masih ada persediaan kuning telur dalam tubuhnya.
  7. Selama 2-3 hari kemudian anak-anak ikan tersebut perlu diberi makan infosuria selama 3 hari kemudian diberi makan jentik-jentik yang disaring selama 10 hari dan setelah itu dapat diberi jentik-jentik tanpa disaring.
Cara Perawatan
Induk ikan yang diberi makan cukup baik, setelah 2-3 minggu dapat dipindahkan kembali. Anak-anak ikan cupang dapat dijual setelah berumur 2 bulan. Setelah panjang 4 cm, anak-anak ikan dapat diberi makan cacing. Ikan jantan termasuk ikan yang sayang dengan keturunannya, dilihat dari kebiasaannya membuat buih pada permukaan air setiap akan mulai memijah. Sedangkan ikan betina kurang bakatlah lebih kurang merawat anaknya bahkan kadang-kadang memangsa anaknya sendiri sehingga harus cepat-cepat dipisahkan setelah bertelur. Untuk mendapatkan ikan jantan yang bentuk dan warnanya indah, biasanya setelah mencapal panjang 4,5 cm dimasukkan kedalam botol (toples, bekas selai, botol kopi, dll) dan diletakkan saling berdekatan satu sama lain agar dapat saling melihat selama ± 2 minggu, agar sirip ikan cupang tersebut mengembang kerana saling menantang.Untuk membudidayakan ikan laga secara besar-besaran, dapat digunakan bak semen ukuran 1,5 x 3 m. Pemijahannya dilakukan dipinggir bak dengan mempergunakan kotak-kotak papan yang bagian depannya diberi saringan kasa plastik. Saringan ini dimaksudkan agar benih ikan dapat keluar dan kotak pemijahan, sedangkan induknya tetap berada di dalam kotak pemijahan. Ukuran kotak pemijahan 15 x cm atau 20 x 20 cm sedangkan cara perawatan sama dengan diatas.

Panduan untuk penternak betta

1. Artemia / BBS / Telur Udang

Makanan anak ikan yang baru menetas. Ia merupakan sumber protien bagi mempercepatkan pembesaran anak ikan sehingga saiz mulutnya muat untuk makan sumber makanan lain seperti pallets merah, cacing kerawit, cacing merah atau jentik-jentik.










2. Daun Ketapang

Digunakan untuk menstabilkan pH air supaya tidak berasid, Amat diperlukan oleh ikan laga supaya keadaan air yang gelap berkualiti seperti air paya hutan, teh o gelap. Keadaan ini akan menambah kekuatan ekornya untuk mengembang dengan lebih besar dah lebih tahan lama.

Asalnya daun ketapang dari Pokok Ketapang. Ambil daun yang betul-betul kering sahaja. Kalau malas nak kutip, beli saja yang dah siap bungkus tu.






Cara menggunakan daun ketapang seperti di dalam gambar di bawah:


3. Air Pati Ketapang

Kesan positif terhadap ikan laga sama seperti daun ketapang. Cuma air pati ini sesuai bagi mereka yang sentiasa kesuntukan masa kerana bekerja atau malas untuk kerap menukar air ikan. Sememangnya boleh menjimatkan masa anda sekiranya mempunyai bekas ikan yang terlalu banyak.